Isu Panas

PRK: Pas belum bincang pilih calon

pkr blum bincang

KOTA BHARU – Pas Kelantan masih belum membincangkan calon untuk PRK Dun Pengkalan Kubor selepas kematian Adunnya, Datuk Noor Zahidi Omar, Rabu lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu pengisytiharan kekosongan Dun tersebut yang akan diumumkan Speaker, Datuk Abdullah Ya’kob dalam waktu terdekat.

“Kita tunggu speaker maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, dan kita juga akan bergantung pada SPR bila akan diadakan PRK tersebut, biasanya dalam masa 60 hari,” katanya.

Beliau ditemui di Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Rakyat Pelbagai Kaum di Pejabat Dun Kota Lama, Jalan Kebun Sultan, yang turut dihadiri exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Dr Ramli Mamat.

Allahyarham Noor Zahidi yang merupakan Ketua Umno Bahagian Tumpat pada PRU sebelum ini menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Malah disebabkan prestasi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dilihat sebagai tidak memuaskan beberapa pihak, ada khabar angin mengatakan Pas kawasan tersebut didakwa telah menyediakan calon-calon pilihan mereka untuk menggantikan Noor Zahidi.

Mengulas isu tersebut, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, sehingga kini pihaknya masih belum membincangkan siapa yang akan dicalonkan untuk kerusi tersebut walaupun mengakui pelbagai cadangan dikemukakan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");