Sukan Hari Ini

Taktikal Zainal menjadi

hafiz kiri

PERUBAHAN taktikal pengendali Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan yang meletakkan Orang Besi, Dickson Nwakaeme selaku penyerang tunggal membuahkan hasil dengan kejayaan menewaskan Lions XII, 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Merehatkan Matias Conti dan menggunakan sepenuhnya bisa Nwakaeme nyata berhasil apabila bekas penyerang Kelantan ini meledak gol pertama Tok Gajah yang menaikkan semangat rakan sepasukan.

KIAN SERASI

Hajat Tok Gajah untuk menggegarkan Kota Singa itu tercapai walaupun mempamerkan corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mengasak dari mula perlawanan.

Percaturan Zainal Abidin Nwakaeme bertindak solo bukan bersama Conti yang diletakkan di bangku simpanan dan meletakkan pemain tengah, Azidan Sarudin, Hafiz Kamal dan Faizol Hussain ternyata bertindak cemerlang mengatur dan menghantar bola.

Pertahanan juga beraksi baik mengekang pemain lawan sepanjang babak pertama permainan dengan tindakan Damion Stewart dan Zeshan Rehman yang beberapa kali mematahkan cubaan lawan selain dibantu kapten pasukan, Razman Roslan serta Saiful Nizam
Miswan.

TETAP TANGKAS

Namun rentak berubah pada separuh babak kedua perlawanan apabila permainan jelas dikuasai tuan rumah yang beberapa kali melakukan serangan namun kegagalan penyudah menghalang hajat mereka menyamakan kedudukan.

Selain tuah tidak memihak Singa Kota , kecekapan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid menyelamatkan beberapa cubaan pemain lawan menyelamatkan gawang Pahang.

Kemasukan pemain kelahiran Pekan, Mohd Fauzi Roslan sekali lagi mempamerkan bisanya pada m-88 dengan rembatan kencangnya menewaskan Izwan untuk gol kedua Tok Gajah.

KURANG PEKA

Biarpun sekadar pemain gantian dimasukkan pada m-80 menggantikan Faizol, nyata pemain yang juga mesra dipanggil Kojie itu menjadi senjata pemusnah dan menyulitkan hajat tuan rumah meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Tindakan Zeshan yang tidak mengawal bola pada minit-minit masa tambahan akibat salah faham sebelum permainan tamat memberikan gol sagu hati buat tuan rumah.

Menanti kunjungan Felda United yang menang tipis 3-2 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDTII) malam ini, pastinya menjanjikan saingan sengit namun sekali lagi kelebihan beraksi di laman sendiri dengan sorakan Hitam Putih Takkan Padam pastinya kelebihan buat penyandang
juara ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");