Jenayah

Tanam rangka motosikal curi dalam kebun durian

tanam rangka

KULIM – Seorang lelaki berusia 20-an ditahan di rumahnya di Baling kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Kulim, kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat, suspek berada di rumah bersama keluarganya dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.

Dari keterangan dibuat, suspek mengaku mencuri motosikal di Kulim sebelum meleraikannya dan polis meminta suspek bekerjasama menunjukkan di mana lokasi rangka motosikal itu disembunyikan.

Suspek membawa polis pergi ke kawasan kebun durian di Kampung Ulu Tawar dan menemui rangka motosikal terlibat dalam keadaan hampir tertanam berdekatan pokok ubi.

Dari pemeriksaan dijalankan terhadap nombor casis rangka motosikal itu, ia masih dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, polis sedang menjejaki suspek yang terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di luar kawasan Kulim.

Menurutnya, sehingga kini beberapa nama suspek diperoleh dari daerah lain dan kita sedang berusaha mengesan mereka.

“Kita akan terus menjejaki mereka dengan bantuan suspek yang sebelum ini ditahan. Kita percaya dengan cara ini, mereka yang terlibat dalam jenayah curi motosikal akan terus ditahan setiap hari.

“Pemantauan serta usaha menjejaki mereka giat dijalankan dan suspek terlibat hanya menunggu masa untuk ditahan. Kesemua ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya kepada Sinar Harian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");