Isu Panas

Wan Azizah puji, kritik Abdul Khalid

WAN AZIZAH WAN ISMAIL / KONGRES NASIONAL KEADILAN KE-10 PKR

SHAH ALAM: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memuji pentadbiran Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika membahaskan ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Tahunan PKR Ke-10, Wan Azizah mengakui kerajaan negeri itu berjaya mencatatkan kejayaan terutama dari sudut ketelusan dan perkhidmatan kepada rakyat.

Bagaimanapun, beliau yang dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor oleh pakatan bagi menggantikan Abdul Khalid, turut dilihat mengambil peluang dalam ucapannya untuk mengkritik pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu.

“Kita harus prihatin bahawa isu-isu rakyat perlu diutamakan. Sampah, jalan yang membabitkan peruntukan MARRIS (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat serta Rekod Jalan Raya Malaysia) yang tidak dibelanjakan.

“Jika kemudahan asas untuk rakyat negeri diabaikan, saya ingin mengesyorkan agar kemudahan asas rakyat Selangor seperti jalan rata tidak berlubang, persekitaran bersih dan bebas daripada Aedes serta longkang dan parit tidak tersumbat terus diwujudkan,” katanya di sini.

Beberapa pimpinan PKR sebelum ini mendakwa Abdul Khalid tidak berintegriti dan gagal menguruskan pembangunan Selangor.

Wan Azizah ketika menutup ucapannya turut mengakui berlaku kelemahan dalam sistem pemilihan parti itu terutama dari aspek Infrastruktur, ketertiban serta tarbiah yang kurang di kalangan anggota dan pemimpin.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");