Isu Panas

Mohamed Nabi: Pas jangan jadi ‘pak turut’

kemelut politik

GEORGETOWN – Kembali kepada pendirian asal Pas dengan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor dan bukan menjadi ‘pak turut’ kepada rakan sekutu lain.

Desakan dibuat bekas Setiausaha Pas cawangan Kampung Banjar Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar kepada pimpinan Pas selepas parti itu dilihat membuat pusingan U terhadap keputusan Majlis Syura yang menyokong Abdul Khalid.

Beliau berkata, tindakan berubah pendirian dalam isu MB Selangor jelas menggambarkan pimpinan parti itu dipengaruhi pihak tertentu dalam membuat keputusan selain campur tangan orang luar dalam mesyuarat yang diadakan pada 17 Ogos lalu.

Menurutnya, keputusan diambil Jawatankuasa Pas Pusat yang menyokong Abdul Khalid digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali itu seolah-olah memperlekehkan pemimpin Pas yang berada dalam Majlis Syura.

“Kita mahu keputusan itu dibatalkan atau Majlis Syura dibubarkan bagi menjaga maruah pemimpin yang berada di dalamnya.

“Apa guna masih mempertahankan Majlis Syura kalau keputusannya langsung tidak diambil kira oleh Jawatankuasa Pas Pusat. Saya sendiri sudah benci dengan tingkah laku pemimpin Pas sekarang ini yang tidak lagi berani seperti dahulu,” katanya kepada media selepas
mengadakan bantahan aman di hadapan Masjid Melayu Lebuh Acheh di sini semalam.

Turut bersamanya kira-kira 20 pemuda yang mendakwa mereka ahli Pas.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang mengaku Ketua Penerangan Pas kawasan yang melihat gelagat kumpulan itu menafikan mereka adalah ahli Pas.

Sebelum ini, Pas membuat keputusan menolak Abdul Khalid sebagai MB Selangor dan mengemukakan nama Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon yang baharu.

Bagaimanapun, ia bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum itu memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai MB Selangor.

Sementara itu, Mohamed Nabi Bux berkata, Pas sepatutnya berani membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengikut telunjuk mana-mana pihak.

“Dahulu Pas mampu membawa suaranya sendiri tanpa perlu akur dengan mana-mana pihak tetapi sekarang ke mana hilangnya keberanian itu?

“Bukan sahaja saya tetapi ramai lagi ahli akar umbi Pas yang kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");