Berita Hari Ini

Latma kukuh hubungan TUDM/TNI-AU

anggota tudm

KUANTAN – Latihan bersama (Latma) Elang Malindo ke-25 Malaysia dan Indonesia yang berakhir semalam, mencapai objektifnya apabila berupaya mengoptimumkan kemampuan aset serta anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) kali ini.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, Latma kali ini memberi penekanan kepada operasi ketenteraan, selain perang (military operation other than war) dan memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya dalam menangani ancaman keganasan serta bencana alam yang amat relevan dengan situasi semasa.

Menurutnya, Latma ini bertujuan mempertingkatkan kerjasama operasi koordinasi bersama serta pengendalian prosedur operasi udara, di samping mengeratkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, ia diadakan secara dwitahunan dan dianjurkan secara bergilir antara Malaysia dan Indonesia, dan 73 penerbangan direkodkan membabitkan pelbagai jenis pesawat TUDM dan TNI-AU diadakan pada siri ini.

“Bagi melaksanakan misi latihan, pelbagai jenis aset kepunyaan TUDM dan TNI-AU seperti pesawat Hawk 108/208, Hawk 109/209, C-130, CN 295, Super Puma dan EC725 AP digunakan. Selain itu, pelbagai jenis peralatan sokongan dan lebih penglibatan 252 pegawai dan anggota tentera udara kedua-dua negara,” katanya pada upacara penutup Latma Elang Malindo ke-25/2014 di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.

Hadir sama, Kepala Setaf Angkatan Udara TNI-AU, Masekal Ida Bagus Putu Dunia.

Sementara itu, Masekal Ida pada sidang media selepas majlis itu berkata, TNI-AU akan meningkatkan kerjasama dengan TUDM untuk terus anjurkan Latma dengan kedua-dua pihak akan pertimbang penggunaan aset dan kelengkapan terbaharu.

Bagaimanapun, ia memerlukan perancangan terperinci di samping mendapat kelulusan pemerintah Malaysia dan Indonesia.

“Kedua-dua negara akan selamanya berjiran dan Latma tiada akhirnya. Kami juga akan berkongsi kepakaran untuk kebaikan bersama,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");