Isu Panas

Mohamed Khalid: Tolak tepi kepentingan diri

khaled nordin

MUAR – Kepimpinan Umno bahagian perlu mengetepikan kepentingan diri atau kumpulan individu tertentu sebaliknya menjadikan kepentingan parti sebagai asas perjuangan mereka dalam usaha berterusan menguatkan jentera parti.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, gesaan itu dibuat agar kepimpinan 26 Umno bahagian di negeri meletakkan komitmen yang tinggi terhadap usaha mempertahankan Johor habis-habisan daripada jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada PRU14.

Usaha ini bukan sahaja menguatkan parti malah meningkatkan ukhuwah di kalangan ahli, katanya.

“Pada masa yang sama, mereka perlu turun ke bawah, mengesan permasalahan rakyat untuk diatasi dari segera, bukan menunggu bila tiba tarikh pilihan raya umum baru hendak bertindak.

“Saya tidak boleh bergerak berseorangan, saya perlu sokongan bahagian sebagai akar umbi perhubungan Umno negeri, bahagian pula bergantung kepada masyarakat yang menjadi kekuatan di peringkat akar umbinya,” kata beliau ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bakri di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bakri di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pemangku Ketua Umno Bahagian Bakri, Hasan Johari, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Naning, Datuk Abdullah Ali yang juga Bendahari Umno bahagian itu.

Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri mahu kepimpinan di bahagian menilai sama ada Umno kekal relevan di kalangan masyarakat dan merangka strategi parti dalam usaha mengekalkan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa di Johor.

Beliau yakin jika kepimpinan bahagian berjuang mengikut landasan yang betul, semua calon-calon BN yang akan dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang dapat mencapai kemenangan.

“Ini yang digeruni oleh parti pembangkang,” kata beliau sambil menambah bahawa setiap pimpinan bahagian perlu ada tanggungjawab dan beramanah. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");