Isu Panas

Bantah Wan Azizah dicalon MB Selangor

NSTP

Georgetown: Akar umbi PAS menentang keputusan Jawatankuasa PAS Pusat mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas Setiausaha PAS Cawangan Kampung Banjar, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, berkata keputusan jawatankuasa itu mengetepikan suara Majlis Syura PAS yang dianggotai kepemimpinan ulama.

“Saya percaya ramai ahli PAS seluruh negara tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu dan keputusan itu dianggap menghina Majlis Syura PAS.

“Sebelum ini, keputusan jelas menyokong Abdul Khalid, tetapi apabila mesyuarat yang dikuasai golongan Anwarinas, keputusan menjadi sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai 20 ahli PAS Pulau Pinang berdemonstrasi membantah keputusan Jawatankuasa PAS Pusat mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor di Masjid Lebuh Acheh, di sini, semalam.

Baru-baru ini, PAS membuat ketetapan mengemukakan nama Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");