Membawang Hari Ini

Farhan AF4 kahwin Oktober depan

farhan_transformed

KUALA LUMPUR: Penyanyi Farhan Azizan yang bakatnya diperkenalkan menerusi pertandingan realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4) mengesahkan akan melangsungkan perkahwinan dengan Ahmad Rashadan pada Oktober depan di ibu kota.

Menurutnya yang dihubungi BH Online, satu majlis mengumumkan butiran lanjut majlis pernikahan dan persandingan beliau serta pasangan akan berlangsung di ibu kota pada 27 September ini.

Farhan dan kekasihnya yang kini bekerja dalam bidang pemasaran sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta. Akhirnya selepas pernah menangguh hari bahagia mereka sebelum dek kesibukan masing-masing, pasangan sama padan ini akan disatukan tak lama lagi.

“Kerja kahwin ini bukan kerja mudah. Alhamdulillah akhirnya sudah ada tarikh untuk kami bersatu. Dulu biasalah, tangguh semua ini kerana kesibukan masing-masing. Nak pergi kursus kahwin pun bayangkan saya kerja di hari minggu dan dia pula cuti.

“Lapan tahun itu bukan tempoh singkat untuk mengenali diri masing-masing. Malah kami perlu bergelut dengan cinta jarak jauh kerana dia pernah ada komitmen di luar negara. Tiga tahun pertama perkenalan agak susah sedikit hubungan kami dan seterusnya semakin ok,” katanya.

Sempat ditanya mengenai konsep atau tema perkahwinan yang didambakan, Farhan menjelaskan beliau dan pasangan sepakat memilih cara konsep Melayu Klasik.

“Pada ketika ini, ramai pasangan nak kahwin gemar memilih tema kebaratan. Jadi saya cuba untuk kembali kepada gaya keturunan kita sendiri. Kalau sebut konsep Melayu ini, perkahwinan Ning Baizura antara yang saya ingati kerana mengetengahkan konsep ala kampung.

“Tapi untuk konsep Melayu Klasik pilihan ini, semestinya perincian seperti kain songket, baju kurung Pahang, kebaya kurung besar dan sebagainya antara yang mahu diterapkan nanti. Saya akan bernikah pada sebelah pagi serta bersanding sebelah malam hari yang sama,” katanya.

Biarpun namanya dilihat kian pudar, Farhan kini masih meneruskan survival dalam arena seni.

“Setakat ini, tawaran membuat persembahan nyanyian terutamanya yang tertutup sering saya terima. Masih ada yang menghargai bakat saya. Alhamdulillah, saya masih di sini,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");