Sukan Hari Ini

Chen Long pengacau Chong Wei

cheng long

ATAS kertas, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei diramal tidak berdepan masalah untuk memenangi gelaran juara dunia di bumi Copenhagen, Denmark.

Ini kerana musuh tradisi Chong Wei yang juga bintang sensasi China, Lin Dan tidak akan beraksi pada Kejohanan Dunia 2014 yang akan berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos ini.

Bagaimanapun jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek tetap menganggap laluan Chong Wei bukan semudah yang disangka memandangkan masih ramai pemain yang perlu diberi perharian.

Menurut Rashid, ancaman terbesar buat Chong Wei untuk menamatkan penantian merangkul kejuaraan dunia pertama dalam sejarah itu adalah bintang muda China, Chen Long yang dilihat bakal kembali bangkit setelah gagal menyerlah dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Apabila Lin Dan tiada, ramai yang kata peluang Chong Wei tinggi tetapi kita harus ingat, ini adalah kejohanan dunia, jadi saingan di sana tidak mudah seperti yang disangka.

“Tidak dinafikan ini mungkin jadi masa terbaik buat Chong Wei tetapi ia juga peluang keemasan buat China untuk membalas dendam selepas kekalahan mereka pada saingan Piala Thomas sebelum ini.

“Dan ketiadaan Lin Dan, sudah pastinya mereka menaruh harapan yang tinggi kepada Chen Long untuk terus mendominasi acara perseorangan lelaki sejak 2006.

“Jadi, Chong Wei perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu apa yang dirancang oleh mereka dan ini cukup merbahaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai kelebihan Chen Long, Rashid berkata, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai kemahiran tersendiri dan mampu menjadi satu-satunya penghalang buat Chong Wei.

Namun, beliau tetap optimis Chong Wei yang tampil selaku pemain nombor satu dunia masih berada di landasan tepat untuk muncul juara.

“Bagi saya, Chen Long kurang agresif dalam melakukan serangan dan sekiranya kedua-dua mereka bertemu di final nanti, saya yakin Chong Wei boleh menumpaskannya.

“Corak permainan mereka juga sangat berbeza tetapi Chen Long lebih gemar bermain secara rally, jadi Chong Wei perlulah memanfaatkan peluang itu sebaiknya,” ujarnya.

Untuk rekod, Chong Wei tewas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir penuh kontroversi di Guangzhou tahun lalu, apabila dia menarik diri selepas mengalami masalah kesihatan gara-gara pendingin hawa di stadium ditutup ketika permainan berlangsung.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");