Isu Panas

Teguran pendidikan era politik baharu

datuk mahfuz omar

ALOR SETAR – Teguran terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu, adalah suatu pendidikan politik dalam era politik baharu, di mana menegur pemimpin kini perlu menjadi suatu keperluan agar tidak tersasar daripada landasan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendekatan yang dibawa Tun Mahathir itu sangat wajar selain disifatkan berani kerana benar.

“Penarikan balik sokongan Tun Mahathir terhadap Najib walaupun tidak memberi kesan, namun teguran itu jika dilihat dari aspek kepimpinan ianya serius. Semua pihak perlu beri perhatian terhadap perkara itu,” katanya.

Menurutnya, sekiranya tiada seorang pun yang berani menegur pemimpin, dibimbang pemimpin itu kelak berasakan beliau serba tahu dan terdorong melakukan perkara yang tidak wajar dalam menentukan hala tuju negara.

“Tidak mustahil pemimpin itu tidak berada pada landasan betul kerana tidak ambil kira pandangan akar umbi dan orang sekeliling. Jangan lihat teguran itu dalam konteks kepimpinan Umno kerana ini bukan masalah dalaman parti, tetapi masa depan negara,” katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Tun Mahathir perlu memaklumkan apakah kesilapan yang dilakukan Perdana Menteri sehingga tiada seorang kalangan Kabinetnya mampu menegur.

“Jika segala teguran yang mengaitkan kepimpinan beliau dalam dasar dan polisi kerajaan tidak betul, Najib harus tampil membuat penjelasan dan menafikannya. Beliau perlu meyakinkan semula masyarakat tentang kepimpinannya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");