Perak Hari Ini

Pasangan Model Separuh Bogel Mengaku Salah

Pasangan model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di Jalan Sultan Yusof, dekat Ipoh kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret Ipoh, sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan pasangannya, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama atas tuduhan menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat di jalan itu dan juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, Isnin lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dengan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal mereka membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong.

Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih.

PERAK TODAY4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");