Perak Hari Ini

505 Anak Perak Terima Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri

Seramai 505 anak Perak terpilih menerima tawaran pembiayaan Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri bagi sesi 2014/2015.

Majlis penyerahan cek pinjaman telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Ipoh, petang tadi.

Dalam ucapannya, Zambry berkata, pinjaman itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bagi membantu para pelajar khususnya anak Perak untuk terus berjaya dalam pendidikan dan kerjaya masing-masing.

“Perubahan yang dilakukan kerajaan ini adalah untuk menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang berasaskan ilmu pengetahuan,” katanya.

Katanya lagi, pelajar masa kini berhadapan dengan cabaran berbeza dan pastinya lebih mencabar di masa akan datang.

Daripada keseluruhan jumlah itu, 250 orang adalah pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat diploma, Ijazah Sarjana Muda (231); Sarjana (19) dan Doktor Falsafah (5).

Ia membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM3.1 juta.

Terdahulu, empat pelajar ijazah sarjana muda, Farahusna Mohamed Yusop (Universiti Utara Malaysia (UUM), Syuhairah Pahrulrazi (Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Chandran Munusamy (Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Tay Kok Wai (Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) antara yang ditawarkan anugerah Pinjaman Boleh ubah kepada Biasiswa setelah mendapat keputusan kepujian kelas pertama dalam bidang yang diceburi.

Menurut Farahusna Mohamed Yusop, hasil usahanya berbaloi kerana status pinjaman tersebut diubah menjadi biasiswa.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membantu saya dan memilih saya sebagai salah seorang penerima biasiswa kali ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Tay Kok Wai pula, kejayaannya dicapai hasil usaha keras serta kerja berpasukan bersama-sama kawan-kawan selain restu keluarga.

“Saya akan meneruskan pembelajaran di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia (USM) selepas ini,” katanya ketika mengulas perancangannya selepas ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");