Berita Hari Ini

MAS perlu bentuk lembaga penasihat syariah

mas pnasihat syariah

SHAH ALAM – MAS perlu mewujudkan satu lembaga penasihat syariah  yang berfungsi dalam memantau bukan sahaja dari segi operasi syarikat, sumber manusia, malah termasuk aspek pembiayaan bank bebas riba’.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, melalui lembaga ini, pemantauan dilakukan lebih komprehensif dan bukan sekadar berkaitan isu penjualan arak atau cara pemakaian anak kapal wanita.

“Lembaga penasihat syarikat penerbangan itu akan memastikan bahawa MAS melaksanakan semua perkara berlandaskan syariah secara total.

“Jika aspek pematuhan syariah ini dititikberatkan oleh MAS, penjualan arak dapat dihentikan, pemakaian anak kapal wanita juga dapat diubah kepada cara yang lebih menutup aurat dan lebih penting operasi MAS termasuk pembiayaan dilakukan juga tidak melibatkan unsur riba’,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sudah tiba masa untuk pengurusan MAS berubah dan melaksanakan perkara itu segera.

“Jika MAS berjaya membuat perubahan, saya percaya syarikat penerbangan itu akan lebih berkembang maju dan diberkati kerana tiada unsur-unsur haram terlibat,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan terdapat banyak gesaan daripada pihak-pihak tertentu termasuk ahli politik yang mahu MAS menghentikan hidangan serta penjualan arak dalam pesawat, selain pakaian pramugari juga perlu menutup aurat.

Rata-rata bersetuju jika MAS dapat melaksanakan kedua-dua perkara terbabit kerana ia menepati syarak dalam Islam dan kerajaan juga tidak akan menanggung kerugian jika hidangan minuman keras itu dihentikan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");