Jenayah

Padah berani ceroboh taman laut

bot

KUANTAN – Dua bot pukat jerut milik nelayan tempatan bersama dua tekong dan 29 awak-awak ditahan kerana menceroboh dan menjalankan aktiviti memukat dalam kawasan Taman Laut di perairan Pulau Tioman, pagi kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim  8 (DM 8), Kapten Maritim Mamu Said Alee berkata, kegiatan penangkapan ikan di dua lokasi dalam kawasan tidak dibenarkan itu berjaya dikesan anggotanya ketika sedang melakukan tugas rondaan.

Menurutnya, bot pertama berjaya dikesan kira-kira jam 6.30 pagi manakala bot kedua pada jam 7.10 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot dengan nombor pendaftaran MGF 1943 Kelas B dan bot PAF 4680 Kelas C menangkap ikan kurang 5 batu nautika dari Pulau Tioman dalam kawasan yang diwartakan sebagai taman laut.

“Pemeriksaan juga mendapati bot-bot terbabit menggunakan pekerja asing apabila 22 daripada awak-awaknya terdiri daripada warga Thailand dan sembilan  lagi warga tempatan,” katanya.

Mamu berkata, Maritim Daerah Maritim 8 sentiasa meningkatkan pemantauan secara berterusan terhadap pencerobohan nelayan  tempatan dan asing dalam usaha membanteras kejadian salah laku di laut khususnya di Perairan Pahang demi menjaga keamanan di Zon Maritim Malaysia.

Menurutnya, orang ramai digesa menghubungi talian MERS 999 atau Bilik Operasi DM 8 di talian 09-5717345 untuk sebarang aduan berhubung kesalahan dan pelanggaran undang-undang di laut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");