Perak Hari Ini

PPID Platform Promosi Perak Di Peringkat Antarabangsa

Negeri Perak sekali lagi bakal menjadi tumpuan dunia apabila menganjurkan Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PPID) yang dijadual berlangsung di Swiss Garden Golf Resort & Spa, dekat Lumut pada 19 hingga 21 Oktober depan.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, PPID merupakan antara program bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR).

“Melalui program ini juga, kerajaan negeri ingin mempromosikan Perak sebagai destinasi pelancongan dan lokasi persidangan bertaraf antarabangsa.

“Ia secara tidak langsung menaikkan imej negeri di mata dunia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pra-pelancaran Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PPID) di Coral Bay Resort dekat Pulau Pangkor, hari ini.

PERAKTODAY1

Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Exco Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr Mazalan Kamis dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal.

Seramai 140 orang peserta yang mewakili pelbagai organisasi kerajaan dan institusi pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negeri menyertai program pra-pelancaran PPID untuk bertukar-tukar idea bagi menaiktaraf status Pulau Pangkor sebagai hub sosio-ekonomi serta eko-pelancongan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata lagi, pihak penganjur menerima penyertaan daripada ahli profesional yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang tertentu.

“Beberapa tokoh dalam beberapa bidang pembangunan mampan dijangka memberikan pandangan mereka sempena PIDD, tahun ini,” ujar Zambry lagi.

PPID merupakan platform antarabangsa yang memperkenalkan percambahan pengetahuan dan idea dalam bidang pembangunan di peringkat negeri dan juga global.

PERAKTODAY

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");