Sukan Hari Ini

Gergasi merah padam

sime darby

Shah Alam: Selangor mensia-siakan peluang meraih tiga mata apabila tewas 1-2 kepada Sime Darby FC, malam tadi.

Merah Kuning membuka jaringan pada minit ke-63 menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri hasil umpanan Paulo Rangel selepas buntu pada babak pertama.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor kekal enam mata dengan PDRM sudah mengesahkan tiket ke suku akhir daripada Kumpulan D selepas menewaskan T-Team, 2-1 di Kuala Terengganu untuk mengumpul mata maksimum 12 mata.

Berbaki dua perlawanan, Selangor kini bersaing dengan T-Team dan Sime Darby yang masing-masing mengumpul tiga mata bagi merebut tiket terakhir Kumpulan D.

Sime Darby yang gah menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kelima meraih kemenangan pertama selepas empat perlawanan sekali gus menghidupkan peluang ke suku akhir.

Pada aksi di Stadium Shah Alam, Selangor mendapat peluang seawal minit ketiga permainan namun dinafikan penjaga gol pelawat, Mohd Sufian Abd Rahman yang pantas menghalang cubaan Rangel.

Ia disusuli beberapa peluang terhidang buat Rangel, Ahmad Hazwan dan Shahrom Abd Kalam, namun mereka gagal menembusi gawang anak buah Ismail Zakaria.

Namun kerja keras pemain Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila Ahmad Hazwan tenang menewaskan Mohd Sufian selepas tidak dikawal pertahanan lawan.

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Fahrul Razi Kamaruddin meledak jaringan penyamaan pada minit ke-75 untuk mengejutkan tuan rumah.

Tekanan berterusan menyaksikan Farizal sekali lagi tertewas menerusi tandukan Mateo Roskam yang memanfaatkan hantaran Juzaili Samion pada minit ke-82.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");