Jenayah

Surendran mengaku tak bersalah keluarkan kenyataan menghasut

N SURENDRAN / KES HASUTAN / MAHKAMAH

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surendran, 48, didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut itu yang dapat dibaca di laman sesawang Youtube, di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya antara 2 petang hingga 4 petang, 8 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin namun peguam Oh Choong Ghee yang mewakili Surendran memohon wang jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya seorang Ahli Parlimen dan juga seorang peguam yang berpengalaman lebih 20 tahun.

Hakim Ahmad Bache membenarkan Surendran diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Okt untuk sebutan.

Surendran, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), membayar jaminan itu. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");