Sukan Hari Ini

Harap ihsan KBS

ltdl

Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyerahkan ‘nasib’ Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memutuskannya.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab berkata, pihaknya tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan perlumbaan yang dijadual berlangsung pada awal tahun depan itu.

“Kami tidak mempunyai duit. Kami bergantung kepada KBS (untuk melaksanakan LTdL) seperti yang berlaku pada 2007 hingga 2014.

“Penganjuran LTdL banyak bergantung kepada bantuan kewangan KBS. Jika kami ada sumber kewangan, sudah pasti kami boleh menganjurkannya.

“Terpulang kepada KBS untuk memutuskan hak penganjuran diberikan kepada siapa cuma kami harap persefahaman antara penganjur dan PKBM dapat dilaksanakan kerana sebarang perkara berbangkit dan sebagainya akan menjadi tanggungjawab kami apabila dipersoalkan kelak,” katanya.

Abu Samah diminta mengulas status perlumbaan berstatus hors class itu selepas bekas Ketua Pegawai Operasi LTdL 2014 Emir Abdul Jalal menyuarakan kebimbangannya berhubung persiapan yang masih belum dilaksanakan untuk menganjurkan edisi 2015 pada Februari atau Mac tahun depan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");