Sukan Hari Ini

‘Jangan duduk diam!’

abu samah

Kuala Lumpur: Bekas pelumba negara, Nor Effandy Rosli (gambar) membidas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang masih mengharapkan peruntukan kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan Le Tour de Langkawi (LTdL).

“Sepatutnya sebagai Presiden PKBM (Datuk Abu Samah Wahab) perlu mencari penaja dan menjana kewangan sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.

“PKBM perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Kalau begini, saya pun mahu jadi presiden,” bidas bekas pelumba negara berusia 47 tahun itu.

Dia yang muncul juara dalam kategori berpasukan Asia LTdL 1999 dan 2000 diminta mengulas mengenai nasib perlumbaan berkenaan pada tahun depan yang dilaporkan masih belum diketahui dengan Abu Samah semalam menjelaskan pihaknya tidak mempunyai kewangan untuk menganjurkannya.

Abu Samah menjelaskan pihaknya menyerahkan keputusan kepada KBS untuk membuat keputusan mengenai kejohanan berkenaan selepas ia dibiayai kementerian berkenaan beberapa tahun lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");