Membawang Hari Ini

Cabaran hebat sebagai hero

farid kamil

Kisah Lagenda Budak Setan (LBS) yang dibintangi Farid Kamil dan Maya Karin akhirnya menemui penamat menerusi sekuel terakhir LBS3: Kasyah Lagenda Berakhir yang bakal ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 11 September ini.

Melakonkan watak Kasyah dari zaman remaja sehingga memasuki alam dewasa dan mendirikan rumah tangga membuatkan Farid sedih mengenangkan sekuel adaptasi novel itu kini berakhir.

“Segala suka duka Kasyah dikongsi dalam filem ini dan mungkin tidak akan ada sambungannya lagi selepas ini. Namun saya tidak sedih berpisah dengan watak Kasyah kerana saya yakin penonton sudah puas menonton watak Kasyah dalam tiga siri filem ini,” katanya.

Jelas Farid, dia bersyukur kerana sekali lagi diberi kepercayaan pihak produksi untuk memegang watak hero.

“Saya beruntung kerana dikekalkan dalam ketiga-tiga sekuel LBS. Sebagai pelakon, saya berpuas hati melihat karakter Kasyah dalam novel dapat digambarkan dengan sempurna di layar perak,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai wataknya, pelakon berusia 33 tahun itu mengakui berdepan cabaran kerana perlu menggambarkan karakter hero dengan sebaiknya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");