Perak Hari Ini

DS Zambry Terima Watikah Pelantikan Sebagai YDP St John Ambulans Malaysia Negeri Perak

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Yang Di Pertua pasukan St John Ambulans Malaysia cawangan negeri Perak.

Watikah pelantikan itu disampaikan oleh Komandernya, Ang Lye Hong di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK), dekat Ipoh sambil disaksikan oleh beberapa ahli persatuan tersebut.

Menurut Ang, melalui kerjasama dan sokongan yang diberikan Menteri Besar dan kerajaan negeri, pihaknya berharap aktiviti persatuan itu akan lebih berkembang di masa akan datang.

Jelasnya lagi, St John Ambulans Malaysia cawangan Perak merancang pelbagai aktiviti dan program yang bakal dijalankan dalam tempoh terdekat ini.

“Kami akan menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan 24 jam bagi memberikan khidmat kecemasan kepada orang ramai secara lebih kerap,” katanya lagi.

PERAK TODAY 3
Jelasnya lagi, rumah jagaan kesihatan juga bakal diwujudkan khusus untuk membantu pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

“Rumah jagaan kesihatan di Taiping contohnya telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan kita berhasrat mewujudkan pusat sama di Ipoh dan Teluk Intan,” tambahnya.

Jelas Ang lagi, rumah jagaan kesihatan di Ipoh dijangka beroperasi pada Januari 2015 depan manakala pusat sama di Teluk Intan pula bakal menawarkan perkhidmatan mereka pada penghujung tahun.

“Perak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan seumpama itu,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");