Jenayah

Keldai dadah warga Filipina dicekup

bukit aman

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Filipina berusia 39 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam ketika cuba menyeludup dadah syabu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, wanita terbabit ditahan kira-kira jam 7.35 pagi selepas menyembunyikan lima bungkusan plastik mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 3.1 Kilogram bernilai RM620,000 di dalam bagasinya.

Menurutnya, suspek dipercayai dijadikan keldai dadah sindiket pengedaran dadah antarabangsa baru tiba dari New Delhi, India.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan namun kita berjaya mematahkan percubaan sindiket terbabit.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama perkongsian maklumat antara JSJN dengan pihak penguatkuasaan narkotik luar negara,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");