Sukan Hari Ini

Hodak yakin kutip tiga mata

hodak 1

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) yakin mampu membawa pulang tiga mata penuh dengan menewaskan ATM di gelanggang lawan dalam aksi Piala Malaysia 2014 malam ini.

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak berkata, keyakinan itu bersandarkan pengalaman diraih oleh kesemua anak buahnya ketika menentang The Gladiators dalam perlawanan sebelum ini.

“Hasil daripada sesi latihan yang dijalani, semua pemain menunjukkan prestasi yang bagus.

“Saya yakin jika pasukan mampu memberikan persembahan terbaik diikuti kesungguhan pemain, kita mampu menang ke atas ATM esok (malam ini),” katanya.

Hodak berkata, tiada sebarang kecederaan di kalangan pemain buat masa ini dan ia memberi kelebihan kepada pasukan untuk perlawanan menentang ATM.

“Selepas mengharungi perlawanan sebelum ini saya masih berharap pasukan akan terus mencatat keputusan yang baik bagi baki perlawanan peringkat kumpulan,” katanya.

Skuad Harimau Selatan kini menduduki kedudukan teratas kumpulan C dengan mengumpul 10 mata hasil daripada empat perlawanan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");