Membawang Hari Ini

Siapa “kekasih” baru Adibah Noor di konti Suria FM?

29adibah_cropped_transformed

KUALA LUMPUR: Pendengar Suria FM pasti tertanya-tanya kenapa suara Halim Othman tidak lagi kedengaran di Suria FM?

Jika kebiasaannya, Halim Othman dan Adibah Noor bergandingan menerusi segmen Ceria Pagi, setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 5 pagi hingga 10 pagi.

Halim kini sedang bersama krew Suria Ford Wheels untuk kempen Kamilah Malaysia Tour, di mana mereka menjelajah Semenanjung Malaysia bagi mencari pendengar setia Suria FM.

Kempen ini berlangsung selama sebulan bermula Ogos lalu dan akan berakhir Oktober depan.

Sepanjang ketiadaan Halim Othman, Suria FM ingin memperkenalkan seorang selebriti lelaki sebagai penyampai radio di Suria FM yang akan bergandingan dengan Adibah Noor bermula 1 September ini.

Selebriti ini akan ke udara bersama Adibah Noor sehingga Halim Othman kembali pada Oktober nanti.

“Ini adalah penampilan pertama selebriti ini di radio. Dia ada personaliti yang bagus untuk mengisi tempat di Ceria Pagi Suria FM bersama dengan Adibah Noor.

“Untuk mengetahui siapakah selebriti ini, dengarkan Ceria Pagi pada pagi Isnin, 1 September 2014, bermula 5 pagi. Anda pasti akan berasa teruja untuk mendengarkan mereka berdua”, kata Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin.

Nantikan 1 September ini untuk mengetahui siapakah pasangan ‘onair’ terbaharu Adibah Noor di dalam segmen Ceria Pagi yang mengantikan Halim Othman selama sebulan.

Jika berkesempatan, kejar kru Suria Ford Wheels dan Halim Othman di lokasi-lokasi berdekatan anda sepanjang September ini untuk memenangi pelbagai hadiah menarik serta hadiah wang tunai jika ia tarikh hari jadi anda. Suria FM, Menceriakan Duniamu.

-nst

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");