Berita Hari Ini

‘Pinangan’ kali ke-3

nazir

Kumpulan CIMB (CIMB) optimis penggabungannya dengan RHB Capital dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dianggap berjaya memandangkan perbincangan dengan kedua-dua entiti berkenaan kini berjalan lancar.

Bagaimanapun, keputusan sama ada gabungan itu berlaku atau sebaliknya akan diketahui dalam tempoh 90 hari tempoh perbincangan yang berakhir 8 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata, dalam perbincangan itu ketiga-tiga entiti masih berbincang mengenai pulangan perniagaan sinergi memandangkan kesemuanya mempunyai kekuatan dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, ini adalah kali ketiga Kumpulan CIMB menghantar usul dengan RHB Capital untuk tujuan pergabungan memandangkan ia boleh memberi manfaat kepada kedua-dua bank berkenaan.

“Ini adalah percubaan kali ketiga dan biasanya percubaan ini mampu membawa tuah kepada kami,” katanya berseloroh ketika ditanya media mengenai pergabungan itu.

Dalam pada itu, Kumpulan CIMB turut mengumumkan keputusan kewangan pada separuh pertama yang berakhir 30 Jun 2014 dengan mencatatkan penurunan 2.8 peratus keuntungan bersih kepada RM2.016 bilion berbanding RM2.440 bilion tempoh sama pada tahun kewangan sebelumnya.

Penurunan itu berikutan situasi perniagaan di Indonesia kurang memberangsangkan terutama isu kelemahan rupiah dan pasaran modal.

Nazir berkata, unjuran pada separuh tahun kedua sukar diramalkan bagi pasaran Indonesia terutama membabitkan polisi dan kerajaan barunya.

Namun, bagi pasaran Thailand, Singapura serta Malaysia terus mengukuh.

“Ketika ini, kami baru melancarkan cawangan terbaru di Laos bagi merangsang pelaburan rakyat tempatannya dan pelanggan asing,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");