Jenayah

Tunggu beri peluang

rompak

Georgetown: “Saya berpeluang melepaskan tembakan selepas kanak-kanak yang cuba dijadikan tebusan oleh suspek terlepas daripada pegangannya,” kata pengawal keselamatan menembak mati seorang penjenayah dalam rompakan di sebuah bank di Jalan Sungai Dua, kelmarin.

Pengawal keselamatan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 29, berkata, ketika kejadian, dia duduk dalam bilik khas di belakang kaunter juruwang tanpa dapat dilihat oleh sesiapa dari luar termasuk penjenayah berkenaan.

Menurutnya, dia hanya memerhatikan kejadian itu dan menunggu peluang yang sesuai untuk bertindak kerana memikirkan keselamatan serta nyawa orang lain di dalam bank berkenaan.

“Ketika itu suspek masuk dan berpura-pura sebagai pelanggan, malah dia juga sempat berbual dengan seorang kakitangan bank di kaunter membuatkan tiada sesiapa mengesyakinya.

“Beberapa minit kemudian dia menjerit mengatakan ‘rompak’ membuatkan pekerja serta pelanggan menundukkan kepala,” katanya, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");