Sukan Hari Ini

‘Liga taraf kampung’

sukan

PENYERTAAN skuad Harimau Muda A yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee (kiri) di NPL Queensland dianggap tidak membawa kesan yang besar buat skuad remaja negara itu.
Advertisement

PENYERTAAN skuad Harimau Muda A beraksi di National Premier League (NPL) Queensland, Australia tidak memberi sebarang faedah terhadap pembangunan bola sepak negara.

Demikian pandangan peribadi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim semalam.

Baginda berpendapat, langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar skuad muda negara beraksi di Queensland sebagai tidak berbaloi.

Tunku Ismail mendedahkan, langkah tersebut hanya memberi kepentingan kepentingan peribadi kepada pihak tertentu dan menganggapnya sebagai tidak membawa hasil terhadap aspek pembangunan.

Baginda menerusi laman sosial Facebook, JOHOR Southern Tigers bertitah, baginda sentiasa menyokong skuad kebangsaan beraksi di luar negara tetapi menganggap penyertaan beraksi di NPL adalah satu langkah yang kurang bijak.

“Bagi pandangan saya, pengacara Astro tidak profesional dan tidak tahu apa-apa berkenaan bola sepak. Begitu banyak komen yang berat sebelah dan tidak memberi maklumat yang berdasarkan fakta kepada penyokong-penyokong bola sepak tanah air.

“Berkenaan dengan pasukan Harimau Muda A yang berada di Australia. Pengulas terbabit mengatakan bahawa pemain bola sepak pasukan Harimau Muda A menerima pengalaman yang berguna di Australia dan mampu beraksi untuk pertandingan di peringkat Asean.

“Kami sentiasa menyokong pasukan kebangsaan namun bagi pendapat saya, kenyataan itu tidak benar. Ini kerana pasukan Harimau Muda A bermain dalam ‘liga kampung’ di Australia.

“Ia bukan liga gred A. Tetapi liga gred D atau E. Pasukan kita dihantar ke Australia oleh kerana ada beberapa individu yang ada kepentingan peribadi mereka dan bukan dengan niat untuk menambah baik lagi mutu pasukan kita,” titah baginda.

Pada Februari lalu, skuad Harimau Muda A mengambil keputusan untuk menyertai NPL Queenslands selepas FAM membuat keputusan untuk tidak melanjutkan penyertaan mereka di Liga Singapura (Liga S) pada tahun lalu.

Buat masa ini, skuad B-23 tahun menduduki tangga kelapan NPL Queenlands yang dibarisi 14 pasukan.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail sekali lagi mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) yang dianggap mengecewakan sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

“Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai masalah dan kita tidak boleh sembunyikannya demi pembangunan bola sepak negara,” titah baginda.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");