Berita Hari Ini

Pasar Awam Pontian jadi tarikan pelancong

pasar awam

PONTIAN – Pasar Awam Pontian yang berusia lebih 30 tahun akan dinaik taraf bagi meningkatkan imej sebagai salah satu lokasi tumpuan pelancong terutama dari Singapura mendapatkan bekalan ikan segar setiap awal pagi.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian (MDP), Suhairi Hashim berkata, sudah sampai masa kerja naik taraf dilakukan memandangkan kemudahan sedia ada di pasar tersebut sudah terlalu lama dan tidak sesuai dengan imej daerah yang kini pesat membangun.

Katanya, pihaknya akan berbincang dengan peniaga pasar mengenai usaha tersebut agar dapat memenuhi keperluan peniaga yang merungut dengan kemudahan di situ.

“Kemudahan yang bakal dinaik taraf perlu memenuhi kehendak peniaga, sekiranya dilakukan tanpa perbincangan bersama peniaga dibimbangi mereka tidak selesa.

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, banyak rungutan peniaga antaranya saiz tapak tidak sesuai dan ketiadaan peti penyimpanan,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Pasar Awam Pontian, kelmarin.

Katanya, pihaknya akan berusaha memastikan kerja-kerja naik taraf dapat dimulakan penghujung tahun ini, di mana tumpuan diberikan terlebih dahulu kepada kemudahan asas seperti jalan masuk dan pagar.

“Pasar awam juga memerlukan aspek keselamatan seperti pagar kerana banyak barang-barang berharga dan dikunjungi orang ramai termasuk pelancong dari Singapura,” katanya.

Beliau berharap peniaga memberi kerjasama kerana naik taraf pasar akan mengubah pasar menjadi lebih teratur.

Terdapat 105 peniaga di pasar itu dengan sebahagian besar menjual hasil tangkapan laut seperti ikan dan udang, manakala selebihnya menjual sayur, ayam, daging, santan dan barangan runcit.

Sementara itu, peniaga yang mahu dikenali sebagai Lim menyambut baik usaha menaik taraf pasar bagi keselesaan peniaga dan orang ramai.

“Dulu pasar awam terletak di sebuah tapak yang kini telah dibangunkan menjadi sebuah gedung beli-belah.

“Pada awal 90-an, pasar awam dipindahkan ke lokasi sedia ada sekarang berdekatan dengan kawasan bandar,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");