Isu Panas

Jangan Politik, Putar Belit Teguran Tun M

KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) meminta pelbagai pihak agar tidak mempolitik atau memutar belit teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Bagi saya, teguran Tun Mahathir itu seumpama bapa menegur anak. Namun pihak lain tidak patut memutar belit teguran tersebut semata-mata memenuhi agenda sendiri,” kata Presiden PPKM Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Wan Mahmood berkata demikian ketika mengulas tentang teguran Dr Mahathir menerusi blog www.chedet.cc dan kesediaan Najib bertemu bekas perdana menteri itu.

Antara isu yang dibangkit Dr Mahathir adalah Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Wan Mahmood, yang mewakili persatuan yang dianggotai lebih 40,000 bekas pegawai kerajaan, turut memuji sikap terbuka Najib atas kesediaan beliau bertemu Dr Mahathir dan menganggap sikap itu perlu dicontohi pemimpin lain terutama barisan pemimpin muda yang menerajui sayap Umno.

Rakyat pula, katanya, tidak harus mudah menerima sebarang maklumat berunsur fitnah terhadap pentadbiran perdana menteri.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat, Najib berkata beliau tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir berhubung teguran bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.

“Apapun segala kemungkinan akan berlaku…harap ia berkesudahan dalam keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya,” kata Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");