Sukan Hari Ini

Izzat sasar lima terbaik di Suzuka

izzat

PELUMBA Underbone 130cc Malaysia, Mohd Izzat Zaidi Salehan yakin tampil dengan aksi terbaik dan seterusnya dapat meningkatkan kedudukan keseluruhan pada saingan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun pada 5 hingga 7 September ini.

Izzat yang meraih keputusan terbaik di kedudukan kelapan sewaktu perlumbaan pusingan lepas di Autopolis, percaya jurutera pasukan Outdo Koyoko Motul Yamaha YY Pang sudah menemui rumusan terbaik bagi menyediakan jentera yang kompetitif sebagaimana keputusan cemerlang yang telah diraih oleh jentera Yamaha sepanjang tiga pusingan lepas.

Keyakinan itu ditambah dengan kejayaan Izzat memenangi perlumbaan CP115 buat kali ketiga sewaktu saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Kluang, baru-baru ini.

“Saya rasa yakin dapat menduduki kelompok lima pelumba terbaik pada saingan di Suzuka nanti terutama dengan kekuatan jurutera yang kami ada ketika ini.

“Dari segi persiapan teknikal, kami mempunyai beberapa kelebihan yang baru di mana saya percaya ia dapat membantu untuk bersaing di kelompok depan.

“Apa yang saya perlu fokus adalah untuk mencari masa terbaik pada sesi kelayakan dan dapat memulakan perlumbaan dari barisan depan,” jelas Izzat.

Selepas tiga pusingan, Izzat kini menduduki tangga ke-14 keseluruhan dengan mengumpul 19 mata, jauh ketinggalan kepada pendahulu, Gupita Kresna Wardana yang berada di tangga teratas dengan 98 mata.

Pelumba Malaysia, Ahmad Fazli Sham yang turut menggunakan jentera Yamaha berada di tangga kedua dengan 81 mata manakala Norizman Ismail di tangga ketiga dengan 73 mata.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");