Published On: Tue, May 10th, 2011

Pembuat songkok terbaik ada di Perak

Share This
Tags

Bagi masyarakat Melayu dan agama Islam memakai songkok di hari-hari perayaan utama seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha adalah satu kemestian.

Lazimnya di kalangan masyarakat Melayu songkok dipakai pada majlis agama walaupun kini ramai yang memilih untuk memakai ketayap atau berserban.

Walau apapun memakai songkok pada setiap sambutan Hari Raya Aidil Adha atau Aidil Fitri adalah sesuatu yang sinonim.

Perkara itu diakui sendiri oleh Ahmad Nyak Osman seorang pembuat songkok terunggul di Ipoh iaitu satu-satunya pembuat songkok yang masih bertahan setelah lebih 52 tahun berkecimpung di bidang tradisional itu.

Di Ipoh dia popular dengan panggilan Pak Mat iaitu tukang buat songkok tersohor bukan sahaja di bandaraya itu malah di seluruh negeri Perak.

Pak Mat 75 tahun mengakui setiap bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan adalah waktu yang paling sibuk kerana di kala itulah dia akan membuat lebih banyak songkok dari hari-hari biasa.

Menurut anak kelahiran Acheh ini tempahan banyak diperolehi di waktu itu kerana ramai yang mahu memakai songkok baru ketika menyambut Hari Raya.

Sementara tempahan juga diperolehi dari jabatan kerajaan dan sektor swasta yang mengambil bahagian dalam perbarisan menyambut Hari Kebangsaan.

Menurut Pak Mat yang memulakan karier sebagai pembuat songkok sejak berusia 17 tahun di Pekan Rabu, Alor Setar kebanyakkan pelanggan yang membeli songkok daripadanya disebabkan hasil pembuatannya yang halus dan sedap dipakai.

Kata Pak Mat kebanyakkannya adalah pelanggan tetap dan ada di antaranya  yang turut memperkenalkan songkok hasil buatannya kepada mereka.

“Saya pun tak mahu kata saya buat elok… tapi pelanggan saya daripada Kuala Lumpur… dia balik… dia kata… saya nak beli songkok daripada Pak Mat juga… Pak Mat buat sedap pakai… habis tu orang lain dia kata tak sedap… lepas tu dia kata Pak Mat… beli kat Pak Mat sedap pakai… beli kat orang lain tak sedap pakai.

Bagi Pak Mat prinsipnya mudah iaitu membuat songkok yang berkualiti untuk menarik pelanggan supaya ia laris dijual.

Dia percaya itu adalah antara pendekatan positif bagi membolehkan songkoknya mendapat tempat di hati pelanggannya dari semua golongan dan peringkat umur.

Malah kata Pak Mat dia berbangga kerana songkoknya mendapat tempahan dari kerabat di Raja Perak, menteri besar dan menteri kabinet.

Pak Mat yang mempunyai enam orang anak bersyukur kerana hasil tunjuk ajar bapanya itu dia kini mampu menguruskan dua buah kedai iaitu di Medan Kidd dan Medan Gopeng.

Di juga kini berbangga kerana turut memperolehi tempahan dari Kedah, Kuala Lumpur dan Sabah.

Pak Mat juga bersyukur kerana hasil yang diperolehinya agak lumayan walaupun dia kurang pasti masadepan songkok di kalangan generasi akan datang.

About the Author

-

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>