Perak Hari Ini

Program Jubli Emas SKFSK Kumpul 1,000 Alumni

Kenangan zaman persekolahan pastinya antara momen yang terindah buat semua termasuklah kira-kira 1,000 alumni yang menyertai program Jubli Emas 50 tahun Sekolah Kebangsaan Felda Sungkai Klah (SKFSK) dekat Sungkai, semalam.

Perjumpaan itu berjaya direalisasikan melalui usaha Persatuan Alumni (ASKFSK) dengan kerjasama SK Felda Sungai Klah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sempena ulang tahun ke-50 penubuhan sekolah tersebut.

Program yang berlangsung secara meriah di perkarangan sekolah itu bertemakan ‘Kembali Menyumbang Bakti’ telah berjaya menghimpunkan alumni SKFSK sejak tahun 1964 hingga 2014.

Penaung Persatuan Alumni SKFSK, Datuk Khairil Anuar Aziz, berkata program berkenaan dapat memberi peluang kepada alumni yang terdiri daripada bekas murid untuk menabur bakti semula kepada sekolah dan masyarakat amnya.

“Ini merupakan peluang terbaik kepada alumni untuk membalas jasa baik Felda yang telah memberi bantuan pendidikan hingga kita semua berjaya seperti hari ini,” katanya.

PERAK TODAY

Beliau berkata lagi, selain mengumpulkan kembali bekas murid SKFSK yang juga merupakan generasi baru Felda Sungai Klah, program itu juga berupaya mengeratkan semula hubungan silaturahim yang terjalin selama ini.

Hadir memeriahkan majlis, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional negeri, Datuk Rusnah Kassim dan Ketua Pegawai Operasi PLUS juga merupakan alumni SKFSK, Mohammad Fuad Khusairi.

Melalui program ini juga, beberapa tokoh murid yang berjaya dalam setiap bidang yang diceburi ditampilkan sebagai pembakar semangat dan memberi contoh teladan yang baik kepada kelompok generasi anak Felda yang baharu.

“Melalui persatuan alumni SKFSK ini, ia diharap mampu menanamkan semangat yang tinggi dan rasa bangga dengan sekolah serta membuat perubahan serta anjakan dalam kehidupan kelak,” katanya kepada Peraktoday.com.my.

Katanya lagi, ia turut dijadikan sebagai perangsang semangat kepada ibu bapa bahawa SKFSK juga berupaya melahirkan murid cemerlang dalam tempoh 50 tahun usia penubuhannya.

Selain itu, sokongan daripada segenap lapisan masyarakat Felda juga katanya, perlu supaya setiap program yang dirangka mampu mencetus perubahan fikiran dan tindakan yang positif.

PERAK TODAY1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");