Membawang Hari Ini

Atilia, Adam rancang resepsi sebelum hujung tahun

photo_3_transformed_0

SUBANG: Selepas tujuh tahun hidup solo, penyanyi jazz popular, Atilia bernikah untuk kali kedua dengan pilihan hatinya, Adam Sofian Mazlan, di Saujana Golf & Country Club, di sini 11 pagi tadi.

Majlis berlangsung secara tertutup dan kecil-kecilan itu dihadiri 160 orang terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat.

Atilia yang dihubungi BH Online sebentar tadi memberitahu majlis ini dirancang sekitar tiga minggu lalu kerana kesibukan masing-masing.

“Sekembalinya saya dari Koh Samui, Thailand kerana beryoga di sana kami merancang semua ini. Malah suami saya akan ke Amerika Syarikat untuk urusan kerja selama dua bulan selepas ini.

“Malam tadi pun saya ada undangan nyanyian. Kebetulan hari ini pun tak ada kerja menyanyi. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan pernikahan ini berwalikan ayah saya sendiri.

“Saya sangat rasa dirahmati kerana biarpun majlis ini diadakan secara kecil kecilan tapi kawan rapat saya serta keluarga tersayang ada di sisi,” katanya.

Mengenai pilihan membuat majlis nikah ini secara tertutup, Atilia menjelaskan majlis resepsi yang pastinya mengundang rakan media akan diadakan sebelum hujung tahun ini.

“Suami saya pun jenis pemalu dan ‘private’ orangnya. Kami ada sediakan jurugambar rasmi yang akan mengedarkan gambar nikah kepada rakan media.

“Keluarga saya pun ramai dan sebab itu saya tak undang rakan media. Saya pun ramai rakan media yang dikenali dan sebab itu saya memilih untuk mengasingkan acara ini dan mengundang mereka ke resepsi saja. Cuma tarikhnya belum diputuskan lagi bila,” katanya. Bercerita lanjut mengenai perkenalan serta percintaannya dengan Adam, semuanya bermula sekitar enam tahun lalu. Adam bekerja sebagai jurutera bunyi dan turut mempunyai syarikat pengurusan acara sendiri.

“Kebetulan suami pernah bekerja dengan komposer Roslan Aziz yang bukan asing dalam kerjaya seni saya. Dia pun pernah terbabit dalam teater muzikal P Ramlee untuk bahagian teknikal selain terbabit dalam pembikinan album saya sebelum ini.

“Selalunya kami berjumpa dalam persekitaran kerja. Saya sendiri jarang berkongsi gambarnya di laman sosial sebab kesibukan masing masing. Tambah pula dia seperti saya katakan tadi sangat pemalu,” katanya.

Pada acara pernikahan pagi tadi, Atilia menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 untuk suaminya. Namun, beliau tidak mahu berkongsi jumlah wang hantaran dan mas kahwin tetapi sempat berseloroh tidak sempat melihat jumlah yang tertera di atas cek.

Adibah Noor yang hadir pada majlis itu turut menyumbangkan suara untuk pengantin. Teman baik Celepets seperti Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, Daphne Iking dan Yasmin Hani turut hadir.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");