Sukan Hari Ini

‘Taring masih tumpul’

penyerang 1

PUAS hati kerana misi tiga mata yang dicari dalam perlawanan pertama berjaya dipenuhi cuma nada pengendali Juventus, Massimiliano Allegri sedikit bimbang melihat sentuhan penyudah pemainnya yang tumpul biarpun dihidangkan deretan peluang.

Menurutnya, kelemahan itu perlu diatasi dengan segera jika tidak ia akan merencatkan sasaran mereka musim ini.

Dalam perlawanan itu, skuad Bianconeri menang tipis 1-0 keatas Chievo menerusi jaringan sendiri gol lawan, Cristiano Biraghi.

“Kami bernasib baik kerana menang hasil gol lawan, jika tidak kami balik dengan perasaan hampa.

“Situasi ini membimbangkan saya. Walaupun menguasai sebahagian besar serangan, saya berpendapat kualiti penyudah kami perlu dipertajam.

“Apa pun, kami dapat memungut tiga mata dalam perlawanan pertama kerana ia penting untuk membina keyakinan pemain bagi perlawanan seterusnya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");