Membawang Hari Ini

Ummi Nazeera mencari diri

UMMI NAZEERA tenang mengatur langkah. Sambil membetulkan kedudukannya, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa itu menguntum senyum. Diajukan soalan sulung pada pertemuan petang Rabu lalu sempena majlis meraikan calon lima terbaik Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) mengenai proses penghijrahannya, dahinya berkerut tanda dia mendengar dengan serius sebelum membuka bicara.

“Segalanya bermula pada hujung tahun lalu, seminggu sebelum peperiksaan akhir di universiti saya, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) di Melbourne, Australia.
“Enjoy Sensational Deals With Toyota”

“Ketika itu berlaku sedikit perselisihan faham dengan beberapa teman rapat saya di sana hingga membuatkan jiwa ini sangat kosong.

“Terdetik pada waktu itu saya masih ada Allah yang tidak pernah menjauh dari saya dan hanya Dia satu-satunya yang ada ketika tiada sesiapa di sekeliling saya.

“Sepanjang malam saya menangis dan perlahan-lahan saya mula bertudung dan mendalami ilmu agama Islam. Saya cuba mengukuhkan tiang agama saya dengan mendirikan solat lima waktu dan senjata paling kuat yang saya ada ketika itu adalah doa,” jelasnya pada pertemuan singkat di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bebas

Meneruskan bicara kata Ummi, 24, selepas mula berhijab dia berdepan satu perasaan yang berolak-olak dan berombak dalam relung hatinya. Tidak terbendung hingga kadangkala membuatkan air matanya sendiri mengalir.

“Pada mula saya bertudung, saya bergelut melawan perasaan saya sendiri sampaikan hampir setiap malam saya menangis.

“Apabila saya berhijrah ke Melbourne, Allah tidak pernah ‘menampar’ ‘saya malah diberikan pula kebebasan kepada saya.

“Jauh daripada keluarga dan beroleh kebebasan yang saya mahukan selama ini akhirnya menemukan saya dengan perasaan serba kosong dan memaksa saya mencari agama saya, Islam.

“Yang menguatkan kembali emosi dan jiwa saya hanya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Saya belajar untuk mengaji dan semakin hari dalaman saya secara semula jadinya mahu belajar banyak perkara yang selama ini saya terlalai dan leka. Sungguh indah Islam itu,” sambung Ummi lagi.

Batasan

Mengakui hasrat untuk berhijab sebenarnya sudah lama terdetik dalam hatinya, kata empunya nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, ada masa dia merasakan komitmen dalam industri hiburan mengehadkan matlamatnya.

“Saya risau apabila bertudung nanti saya akan terbatas dan tidak banyak watak yang boleh saya bawa, tapi kerisauan itu tidak sebesar nikmat dan rezeki yang Allah anugerahkan selepas saya berhijab.

“Syukur Alhamdulillah, tawaran berlakon masih ada cuma saya yang terlalu selektif dalam pemilihan naskhah dan watak.

“Sebenarnya memang dari dahulu lagi pun saya sangat menitik beratkan mengenai komitmen dalam berlakon kerana saya akan memberikan sepenuh jiwa apabila berada di depan kamera.

“Insya-Allah, jika ada karakter dan skrip yang bagus dan kena dengan jiwa saya, pasti saya terima,” ujarnya yang menyasarkan untuk berlakon dalam filem berkonsepkan kemanusiaan.

Usai tamat pengajiannya di RMIT dalam jurusan Sarjana Muda Perniagaan bulan Disember tahun lalu, Ummi kini memberikan khidmat sepenuhnya di syarikat keluarganya, Pointray (Malaysia) Sdn. Bhd.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");