Sukan Hari Ini

Leicester ikat Arsenal

sanchez

London: Arsenal terlepas peluang menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri 1-1 dengan Leicester City dalam perlawanan di Stadium King Power, Leicester, malam tadi.

Alexis Sanchez membuka tirai jaringan pada minit ke-20 dengan gol Liga Perdana pertamanya sejak berpindah daripada Barceolona.

Namun, Leonardi Ulloa cepat menyamakan kedudukan untuk Leicester dua minit kemudian selepas menyempurnakan hantaran Jeff Schlupp dengan tandukan yang menewaskan Wojciech Szczesny.

Leicester hampir menjaringkan gol kemenangan tetapi cubaan Ulloa gagal menepati sasaran dan Szczesny juga berjaya menghalang cubaan Jamie Vardy.

Walau pun Arsenal banyak mendominasikan perlawanan, ketiadaan Oliver Giroud yang tidak akan beraksi selama empat bulan kerana patah kaki jelas menjejaskan corak permainan pasukan itu.

Arsenal kini di tangga ketujuh Liga manakala Leicester yang di tempat ke-15 masih memburu kemenangan pertama.

Namun, mereka menunjukkan prestasi yang baik sejak kembali ke Liga Perdana. – Agensi

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");