Laporan Eksklusif

Dua kali hampa

rohani

Teluk Intan: Ibu saudara kepada pembantu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim bersyukur kerana penantiannya menunggu jenazah anak saudaranya itu dibawa pulang ke Malaysia akhirnya menjadi kenyataan, esok.

Rohani Che Embi, 70, berkata, dia lega kerana penantiannya selama ini dimakbulkan Tuhan dan urusan penghantaran jenazah anak saudaranya diharapkan berjalan lancar.

“Saya diberitahu oleh kakak Muhammad Firdaus yang kini berada di Belanda bahawa jenazahnya akan dibawa pulang, Selasa ini (esok), dan perasaan saya jadi lega. Kami mahu segera menyempurnakan jenazahnya.

“Sebelum ini dua kali kami agak hampa kerana jenazah arwah tidak tersenarai untuk dibawa pulang melalui kumpulan pertama dan kedua.

“Saya juga diperlihatkan pada visual abang kepada Muhammad Firdaus sedang sembahyang jenazah di sebelahnya dan kini tidak sabar menunggu untuk melihat jenazah apabila sampai nanti,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");