Membawang Hari Ini

Bangkit daripada kekecewaan

sarimah

Kali terakhir, penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Mix FM, Sarimah Ibrahim muncul dengan single ialah Bila Kau Tiada yang dihasilkan pada 2002.

Kini, selepas 12 tahun berlalu, Sarimah, 36, kembali de­ngan mempertaruhkan single terbarunya, You On My Mind yang juga ‘comeback’nya di persada hiburan tanah air.

Penyanyi berdarah kacukan Melayu-Irish ini tidak bersendirian sebaliknya single terbarunya ini turut menampilkan model, penyanyi dan penari profesional dari London, Simon J Bailey.

Secara peribadi, kata Sarimah yang tampil jelita dan langsing, single itu ditulis ketika dia berdepan dengan saat paling getir dalam hidupnya sebelum ini.

“Selepas bercerai pada 2009, saya menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka Perancis selama tiga tahun. Namun, hubungan cinta yang diharapkan ke jenjang pelamin itu akhirnya putus di tengah jalan.

“Bermula dari situlah, saya dapat idea untuk menulis lagu You On My Mind ini dan bangkit daripada kekecewaan lalu. Saya juga ingin buktikan pada orang, walaupun saya sudah berusia lebih 30 tahun dan pernah bercerai, tidak bermakna hidup saya sudah berakhir.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");