Berita Hari Ini

400,000 zahir cinta negara

warna warni

Kuala Lumpur: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 diraikan dalam suasana meriah, sederhana dan penuh warna-warni dengan kira-kira 400,000 anggota masyarakat membanjiri lokasi Dataran Merdeka di sini, semalam.

Acara perarakan yang diadakan setiap tahun sempena ulang tahun kemerdekaan negara dikongsi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia dan pelancong asing.

Membawa tema Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta untuk sambutan kali ini, orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan membabitkan 14,248 peserta pelbagai kontinjen yang mengambil bahagian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sambutan ini mengembalikan semangat patriotisme rakyat terhadap negara selepas berduka dengan tragedi penerbangan MH370 dan MH17 yang berlaku sebelum ini.

Acara turut disaksikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang mencemar duli disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan barisan menteri Kabinet.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");