Berita Hari Ini

Genggam cabaran

shalani

Shah Alam: Mempunyai azam dan tekad yang sama untuk melihat keharmonian dan keamanan Malaysia terus terpelihara, dua guru pelatih menyahut cabaran untuk menjadi pendidik bagi memastikan generasi muda tidak terus lalai dengan arus pemodenan serta asal usul sejarah Malaysia.

Bagi mereka, berlainan bangsa dan agama bukan penghalang untuk berbakti dan menabur budi kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama kerana apa yang penting tanah air tidak lagi dijajah.

Bagi gadis Dusun kelahiran Kundasang, Sabah, Jessekah Suin, 21, menjadi anak Malaysia adalah satu kebanggaan buat dirinya kerana masyarakat bebas mengamalkan budaya hidup dan adat masing-masing tanpa mengetepikan sejarah Malaysia kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain.

Menurutnya, dia berazam melihat keharmonian dan keamanan Malaysia terus kekal, dan sanggup berjauhan dari keluarga tercinta datang ke Semenanjung untuk menuntut ilmu dan menjadi seorang pendidik.

“Apa yang kita ada sekarang adalah harta yang tidak ternilai untuk dijaga kerana bukan senang untuk 14 negeri bernaung di bawah satu bumbung yang sama yang mana mempunyai pelbagai agama dan bangsa serta adat resam berbeza yang perlu diikuti.

“Jadi bagi memastikan negara kita kekal aman, anak-anak kecil perlu didik dan diberi pendedahan pada usia yang awal agar mereka faham asal usul dan sejarah betapa peritnya orang dahulu berjuang untuk mendapatkan apa yang ada sekarang,” katanya ketika ditemui di Sekolah Rendah Raja Muda Seksyen 4.

Jessekah berkata, dalam mendidik dan berbakti kepada negara, bangsa bukanlah halangan buatnya untuk terus menabur budi kerana budi bakti tidak kenal bangsa dan apa yang penting adalah melahirkan anak Malaysia yang berjaya.

Sementara itu, seorang lagi bakal guru, A Shalani, 21, berkata, Malaysia adalah satu negara yang unik kerana semua rakyatnya mendapat hak yang sama dan tiada perbezaan atau keistimewaan baik bangsa Melayu, India, Cina atau lain-lain jadi kenapa perlu ada sikap perkauman dalam berbakti.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");