Perak Hari Ini

Tiada Penyokong Perak Terlibat Dalam Insiden Rusuhan Di Sarawak

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wujud penglibatan penyokong Perak dalam insiden pergaduhan di Stadium Kuching, dekat Sarawak, malam Sabtu lalu.

Menurut pengurusnya, Datuk Azhar Ahmad, insiden provokasi yang cukup luar biasa itu sudah bermula ketika pasukan Perak menjalani sesi latihan, di luar dan dalam stadium lagi.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya penglibatan penyokong Perak dalam insiden berkenaan kerana tiada seorang pun penyokong Perak di sana.

“Semasa sesi latihan lagi, kami telah diprovokasi oleh lebih 20 orang individu tidak dikenali yang menghamburkan kata-kata kesat yang berunsur perkauman,” katanya.

Katanya, berikutan situasi tegang sebelum pelawanan lagi, langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak polis serta Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) agar keselamatan semua pihak terjamin.

“Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan FAS kerana menjaga keselamatan semua pemain dan pasukan Perak dengan baik sekali,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas insiden rusuhan berlaku, pasukan Perak terpaksa berkurung dalam bilik persalinan dari jam 11 malam sehingga jam 2 pagi bagi tujuan keselamatan.PERAK TODAY 1

“Insiden ini telah dilaporkan kepada setiausaha kehormat dan presiden persatuan untuk tindakan pihak PAFA sebelum dihantar pula kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini,” katanya.

Perlawanan bola sepak merupakan tanda persahabatan dan silaturahim antara negeri-negeri dan bukan menwujudkan permusuhan, katanya lagi.

“Melalui kenyataan dalam Borneo Post, kedatangan penyokong Perak adalah tanggungjawab mereka sendiri dan tiada satu tiket pun yang dijual kepada penyokong Perak berikutan kebimbang terhadap keselamatan,” katanya.

Katanya lagi, bagi perlawanan tersebut, hanya pegawai dan pemain Perak sahaja berada di Sarawak.

“Pelbagai ugutan diterima di dalam lawan sosial dengan pelbagai provokasi namun saya sentiasa menasihati pemain supaya bersabar agar tiada perbalahan berlaku,” ulasnya.

Mengulas pula mengenai isu pergaduhan antara penyokong Perak dan Sarawak yang dihebahkan di lawan sosial, beliau berkata, tiada bukti sahih untuk menunjukkan penglibatan penyokong Perak kerana video tersebut juga tidak jelas dan individu terlibat juga tidak tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Jelas Azhar lagi, perlawanan di Kedah, Rabu ini perlu diteruskan dengan sokongan padu daripada penyokong Perak.

“Kejadian yang berlaku di Sarawak perlu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk pasukan Seladang terus mara ke peringkat suku akhir,” tegasnya lagi.

Jelasnya, pergaduhan di alam maya berkemungkinan berlaku namun pergaduhan secara fizikal tidak langsung berlaku dan keputusan untuk menangguhkan sesebuah perlawanan adalah sukar kerana ia melibatkan banyak pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");