Berita Hari Ini

Tindakan menahan anggota PPS atas faktor keselamatan – Zahid

KL24_290814_PPKKM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) atas faktor keselamatan dan bukannya gesaan daripada mana-mana parti politik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tindakan polis menahan anggota pertubuhan itu adalah mengikut surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Tindakan yang diambil polis bukan kerana gesaan parti politik yang mendakwa PPS adalah pertubuhan haram tapi ia tindakan susulan surat rasmi yang dikeluarkan oleh ROS,” katanya ketika mengulas mengenai PPS pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Segambut, di sini, hari ini.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, tiada keperluan yang kukuh untuk menubuhkan pertubuhan atau pasukan khas yang kononnya bertujuan bagi memantau keselamatan dan menjaga ketenteraman awam di setiap negeri.

“Kalau mahu pantau keselamatan, kita sudah ada RELA, Rukun Tetangga dan Rakan Cop, tak perlu lagi pasukan lain. Tindakan menubuhkan PPS seolah-olah mencabar soal menjaga keselamatan,” katanya.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");