Sukan Hari Ini

BAM harus lantik pengarah teknikal atasi kemelut – Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN / SENAMROBIK MERDEKA

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diminta melantik seorang pengarah teknikal bagi menyelesaikan kemelut yang melanda badan induk itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata langkah itu sebagai mencari jalan penyelesaian berkaitan rombakan kejurulatihan, latihan dan pemain.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama artis, kru Radio Era dan peserta bersama-sama Senamrobik Merdeka di Taman Tasik Titiwangsa pagi tadi.- Foto Khairull Azry Bidin

“Saya sudah maklumkan kepada BAM mungkin kita kena dapatkan khidmat seorang pengarah teknikal yang boleh menjaga keseluruhan kejurulatihan sebab buat masa ini tidak ada seorang ketua atau pengarah jurulatih.

“Kita ada Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih tetapi tidak ada pengarah yang dipisahkan daripada jurulatih-jurulatih biasa. Dulu kita ada Morten Frost (bekas pengarah kejurulatihan) dan mereka kini sedang pertimbangkan cadangan saya,” katanya.

Khairy menambah, pihaknya bersama pengurusan BAM kini sedang mencari calon yang layak bagi jawatan pengarah teknikal dan beberapa nama termasuk dari negara China dibincangkan.

Sementara itu, mengulas secara keseluruhan penyertaan skuad Malaysia pada Kejohanan Dunia yang berakhir di Copenhagen, malam tadi, beliau berkata memang pihaknya tidak menjangkakan sebarang keputusan daripada pasangan beregu.

“Beregu lelaki kini berada dalam proses peralihan dan penstrukturan semula sebab mereka nak tukar pasangan, jadi memang kita tidak menjangkakan pasukan beregu lelaki dapat kejayaan yang cemerlang.

“Bagi beregu wanita pula, mereka baru nak membangun.. baru dapat kejayaan di peringkat Sukan Sea dan ada sedikit kita lihat di peringkat Sukan Komanwel… beregu wanita kita sudah lama ketinggalan,” katanya.

Khairy berkata Malaysia sudah lama tidak memiliki pemain beregu wanita hebat namun beliau berharap peminat sukan itu memberi sedikit masa kepada BAM mencari bakat yang boleh diketengahkan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");