Jenayah

Semua kegiatan PPS dihentikan sehingga keputusan mahkamah – Guan Eng

NEWS

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini memutuskan untuk menghentikan semua kegiatan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sehingga keputusan mahkamah dibuat berhubung status pertubuhan itu.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO tergempar di KOMTAR di sini.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri berharap penduduk di negeri ini boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh PPS selama ini bagi membantu polis menjalankan aktiviti kepolisan masyarakat.

Dalam sidang media itu juga Guan Eng turut menyelar tindakan segelintir media yang didakwanya melaporkan maklumat tidak tepat dengan mendakwa ada di kalangan anggota PPS yang ditahan polis kelmarin positif ujian air kencing.

“Mereka yang tidak lulus ujian air kencing itu adalah disebabkan (mengambil) ubat… kerana mereka berusia 60 tahun ke atas dan terpaksa mengambil ubat tertentu.

“Jadi, saya mahu sangkal dakwaan media yang mengatakan ada anggota PPS yang ditahan gagal dalam ujian air kencing. Jika anda (wartawan) tidak percaya anda boleh cuba (ambil ubat),” katanya.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");