Perak Hari Ini

30 penduduk setinggan buat protes

Lebih 30 penduduk setinggan di tapak tanah Rizab KTM Larut Matang hari ini menyuarakan protes mereka terhadap tindakan kerajaan negeri yang mengenakan bayaran ukur tanah selain menyediakan lot tanah baru dikawasan yang kurang selamat.

Rata-rata penduduk yang mewakili lebih 339 keluarga itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di Pusat Khidmat dan Aduan BN cawangan Ipoh Barat berikutan keluhan mereka itu tidak mendapat respon di kawasan terbabit.

Menurut Bendahari Jawatankuasa Bertindak Bekas Penduduk KTM, M.Himatalaman masalah itu sebelum ini telah diusulkan kepada beberapa pihak termasuk Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah Taiping.

Namun katanya, aduan mereka bukan sahaja tidak dilayan malah pejabat tanah mengemukakan surat kelulusan lot tanah yang menuntut pembayaran bagi kos ukur tanah dimana ia diluar kemampuan mereka.

Bertambah teruk lagi jelas Himatalaman, tempoh bantuan bayaran sewa yang diberi oleh pihak KTM sebelum ini akan berakhir pada Jun ini dan ia bakal memberi impak yang besar kepada penduduk setinggan itu.

“Sudah la kita dilayan dengan teruk… mereka minta kita bayar tapi manalah kita mampu… lagi teruk bayaran bantuan sewa RM 300 dari KTM akan berakhir.

“Sepatut dalam perjanjian bantuan sewa itu diberi dalam tempoh dua tahun iaitu sehingga siap pembinaan rumah mampu milik oleh kerajaan negeri… namun sampai sekarang apa rumah pun tak ada.

“Jadi kalau kerajaan tak tolong.. lepas ini rumah pun kami tak ada bayaran bantuan sewa pun kami tak dapat dah… macam mana nak hidup” katanya

Keluhan yang sama disuarakan oleh Setiausaha Jawatankuasa itu, Mohd Sabri Seliman dimana keperitan hidup mereka selama ini seolah-olah diambil ringan oleh kerajaan negeri.

Katanya, kesemua mereka bertambah kecewa apabila lot tanah yang diluluskan kepada mereka itu terletak di kawasan yang agak terpencil dan ia kurang strategik dan selamat untuk didiami.

“Kami mahu Menteri Besar bertindak atas masalah kami ini… kami tidak minta banyak cuma hak kami sebagai penduduk kawasan ini.

“Kami mahu satu kawasan atau tapak tanah yang selesa untuk kami tinggal dan bukanlah di kawasan terpencil” katanya

Sehubungan itu jelas Sabri, kesemua mereka meminta agar kerajaan menimbangkan untuk melanjutkan tempoh bayaran bantuan sewa RM 300 bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");