Laporan Eksklusif

Hadirin bertafakur tanda hormat kepada 9 mangsa tragedi MH17

menteri.transformed

SEPANG: Hadirin pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) itu bertafakur selama seminit pada jam 8.58 pagi sebagai penghormatan kepada sembilan jenazah tragedi MH17 yang tiba ke tanah air pagi ini.

Turut sama pada majlis itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarga dan waris mangsa serta kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

Kumpulan ketiga mangsa tragedi MH17 yang dibawa pulang hari ini membabitkan lima keranda dan empat kendi berisi abu mayat.

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke KLIA ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia terkorban.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");