Isu Panas

PAS Akan Pertahan Unit Amal

mat sabu

GEORGE TOWN: PAS akan mempertahankan pasukan Unit Amal yang ditubuhkan parti itu sekiranya pasukan berkenaan dikenakan tindakan sama seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam PAS Pulau Pinang di sini malam Isnin, Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, berkata setakat ini belum ada apa-apa tindakan pihak berkuasa terhadap Unit Amal PAS itu.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan mana-mana pasukan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dikenakan tindakan sama seperti terhadap PPS di Pulau Pinang.

Pada Ahad polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan ROS.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada majlis itu, dalam ucapannya berkata kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kepada semua anggota PPS yang ditahan dan meraikan mereka dalam satu majlis sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan mereka.

“Kerajaan negeri akan memberikan RM200 sehari mengikut berapa hari mereka di dalam lokap. Kalau dua hari dia akan dapat RM400. Sumbangan ini tidak seberapa dengan pengorbanan mereka yang terpaksa berada dalam lokap,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");