Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Shah, DS Zambry Sambut Jenazah Pembantu Juruterbang MH17

Pesawat yang membawa jenazah pembantu juruterbang pesawat MH17, Allahyarham Muhammad Firdaus Abdul Rahim selamat mendarat di padang Jalan Padang Speedy, dekat Teluk  Intan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Ketibaan jenazah Allahyarham yang diiringi ahli keluarga terdekat disambut oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut hadir, Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dan barisan exco kerajaan negeri Perak.

Jenazah diterbangkan menggunakan pesawat Eurocopter EC 725 dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 9.30 pagi.

Jenazah anak bongsu daripada lima adik beradik itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, dekat Jalan Merbok.

Bacaan surah Al Fatihah dan bertafakur berlangsung kira-kira satu minit sebagai tanda penghormatan terakhir terhadap jenazah Allahyarham sebelum dibawa ke Masjid Al Naim, Taman Seri Setia untuk disembahyangkan.

Solat jenazah diketuai Imam Masjid Al Naim, Abdul Rahman Abdul Razak manakala Pegawai Tadbir Agama Daerah, Mustafffa Jaafar membaca talkin sebaik sahaja jenazah selamat disemadikan kira-kira jam 11.30 pagi.

Terdahulu, seramai 15 anggota dari Rejimen 503 dan Askar Wataniah Dua Skuadron Semboyan Diraja terlibat dalam istiadat tersebut yang turut disaksikan oleh ribuan rakyat tempatan yang membanjiri perkarangan padang tersebut seawal jam 8 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");