Sukan Hari Ini

‘Maafkan saya’

wei

Kuala Lumpur: Taktik permainan agresif Chen Long adalah sebab utama mengapa Datuk Lee Chong Wei gagal untuk memenangi perlawanan akhir Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen kelmarin.

Ia diakui sendiri Chong Wei yang sedaya upaya untuk menyekat permainan agresif lawannya dari China itu tetapi tidak menjadi malah dia pula yang terperangkap dengan melakukan kesilapan demi kesilapan.

“Saya cuba untuk mengelak daripada melakukan kesilapan tapi ia tetap berlaku, dia (Chen Long) pula berjaya mengambil setiap pukulan saya dengan baik sekali,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Ballerup Super Arena itu, Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia tewas straight set 19-21, 19-21.

Ia adalah cubaan kali ketiga pemain berusia 31 tahun itu untuk muncul juara Kejohanan Dunia buat kali pertama selepas gagal dalam dua aksi sebelum ini pada 2011 dan tahun lalu, yang mana kedua-duanya menyaksikan dia tewas kepada seteru utama, Lin Dan.

Ini adalah peluang terbaik buatnya merangkul kejuaraan itu, selepas Lin Dan gagal melayakkan diri namun harapannya hancur berkecai.

Selepas perlawanan semalam, Chong Wei meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana bukan saja gagal meraih kejuaraan tetapi tidak kesampaian menghadiahkan keme nangan sebagai hadiah Hari Kemerdekaan kali ke-57 negara.

“Saya juga terlampau berhati-hati pada set pertama dan selepas ketinggalan jauh tekanan mula menghantui saya,” kata pemain nombor satu dunia itu.

Kemenangan Chen Long itu menyaksikan dia berjaya mengikat rekod pertembungan peribadi 9-9 ketika bertemu sesama sendiri sebanyak 18 kali.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");